Utama Kesihatan Panduan Pemakanan Kanak-Kanak Bahagian II

Panduan Pemakanan Kanak-Kanak Bahagian II

Dalam artikel bahagian pertama Panduan Pemakanan Kanak-Kanak, kami telah menerangkan tentang empat pemakanan yang wajib diambil oleh seorang kanak-kanak pada setiap hari iaitu Protein, Karbohidrat, Serat dan Lemak yang sihat.

Pada bahagian kedua artikel kali ini, kami akan berkongsi lima lagi pemakanan yang berkhasiat yang mesti anda hidangkan dan sajikan semasa waktu makan atau rancang makanan ringan supaya anak anda mendapat khasiat pemakanan secara sempurna dan menyeluruh serta dapat membesar dengan sihat!

1. Kalsium

Kalsium dan Vitamin D merupakan elemen yang sangat penting dalam pembentukan tulang yang kuat dan sihat ketika di usia muda. Ia juga akan memastikan tulang anda terus sihat dan kuat seiring dengan usia. Ia juga penting dalam penumbuhan gigi serta pembekuan darah, fungsi jantung dan fungsi otot yang lebih sihat. Siapkan anak anda untuk tulang yang sihat dan kuat dalam jangka masa yang panjang dengan makanan seperti berikut:

  • Susu
  • Keju
  • Yogurt
  • Kuning Telur
  • Brokoli
  • Bayam
  • Tahu

2. Folat

Folat merupakan Vitamin B yang larut dalam air memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu pertumbuhan tisu serta pembentukan sel. Folat juga adalah nutrien yang penting dalam tempoh pertumbuhan bayi dan perkembangan remaja. Ia sangat penting bagi bayi kerana ia mampu menyokong pembentukan otak dan pertumbuhan saraf tunjang dari saluran saraf dan juga berperanan dalam menyokong perkembangan otak bayi anda.

Antara makanan yang mengandungi kadar Folat yang tinggi adalah seperti:

  • Bijirin Penuh
  • Kacang Kuda
  • Asparagus
  • Bayam
  • Kacang Hitam dan Kacang Merah
  • Kubis Brussels

3. Zat Besi

Persiapkan diri anak anda untuk menjadi Iron Man atau Iron Woman!  Zat besi adalah nutrien yang sangat penting  yang diperlukan untuk tubuh anak anda kerana ia dapat membantu memindahkan oksigen daripada paru-paru ke seluruh sel-sel tubuh dan berfungsi sebagai pembantu otot untuk menyimpan dan mengeluarkan oksigen. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin dan membuatkan badan kekurangan sel darah merah. Ini menjadikan tisu dan organ tidak akan mendapat oksigen yang diperlukan. Oleh itu, pastikan anda tidak terlupa untuk memasukkan elemen zat besi dalam makanan anak anda! Antara makanan yang kaya dengan zat besi adalah seperti:

  • Daging Merah
  • Hati
  • Ayam
  • Kerang
  • Bijian Penuh
  • Buncis
  • Kekacang
  • Bijirin yang Diperkaya dengan Zat Besi

4. Vitamin A

Vitamin A memainkan peranan penting dalam pertumbuhan serta perkembangan kanak-kanak. Ia juga berfungsi dalam membantu mata menyesuaikan dengan keadaan cahaya sama ada redup atau terang, membantu dalam pertumbuhan tisu dan tulang, memelihara kesihatan kulit dan berperanan untuk mencegah jangkitan. Antara makanan yang kaya dengan Vitamin A adalah seperti:

  • Lobak
  • Ubi Keledek
  • Labu
  • Aprikot
  • Bayam
  • Brokoli
  • Kubis
  • Minyak Ikan
  • Kuning Telur

5. Vitamin C

Vitamin C sangat diperlukan tubuh kita lebih dari sekadar melawan selsema. Ia juga berperanan untuk menghubungkan sel-sel tubuh, menguatkan dinding saluran darah, dan juga penting bagi tubuh untuk menyembuhkan luka, serta dapat membantu gigi dan gusi untuk lebih sihat. Sediakan anak anda dengan makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti:

  • Buah Sitrus (seperti Oren)
  • Strawberi
  • Tomato
  • Tembikai
  • Kubis Bunga
  • Bayam
  • Betik
  • Mangga

Sempurnakan pemakanan seharian anda dengan Nuplus®, makanan yang enak untuk membawa keseimbangan pemakanan anak-anak anda. Ini kerana Nuplus® merupakan makanan yang kaya dengan bioflavonoids, antioksidan, asid amino dan fitokimia yang dihasilkan secara semula jadi. Bancuh sebungkus Nuplus® dalam enam hingga lapan auns air, jus buah atau anda juga boleh menikmatinya dengan campuran oatmeal serta bijirin sebagai hidangan sarapan!

Nuplus® Simply Herbs Concentrated Herbal Food
sunrider author
Sunrider
Ditubuhkan pada tahun 1982, Sunrider International adalah pengeluar produk herba berkualiti tinggi bertaraf dunia untuk kesihatan, kecantikan dan keperluan rumah. Produk Sunrider dihasilkan di kemudahan pembuatan canggih kami sendiri untuk membantu anda menikmati gaya hidup sihat dengan memberikan khasiat yang betul kepada orang di seluruh dunia dan menyokong kesihatan, keseimbangan dan kesejahteraan berdasarkan kepakaran usahawan.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

suka artikel ini?

Langgan buletin kami dan ikuti berita semasa dan artikel blog terkini!

Mesti Baca