Adakah anda tahu bahawa penyediaan hidangan pemakanan untuk kanak-kanak adalah sama dengan prinsip pemakanan untuk orang dewasa? Kanak-kanak juga memerlukan zat nutrien yang sama seperti vitamin, mineral, karbohidrat, protein dan lemak.
Nutrisi adalah sangat penting bagi setiap peringkat usia. Dengan nutrien yang betul serta pemakanan yang seimbang akan membantu memberi banyak manfaat kepada anak anda. Sebagai contoh:
- Membantu menstabilkan tenaga mereka
- Membantu meningkatkan pemikiran mereka
- Membantu menyeimbangkan keadaan emosi mereka
- Membantu mereka mengekalkan berat badan yang sihat
Anak anda mungkin mempunyai gaya atau tabiat. Mereka mungkin lebih gemar memilih makanan seperti makanan ringan atau jenis yang pelbagai. Tetapi dengan jumlah dan campuran nutrien yang betul akan dapat membantu dalam pertumbuhan otak anak anda serta perkembangan badan yang sihat.
Dalam artikel bahagian pertama Panduan Pemakanan Kanak-Kanak, kami telah berkongsi tentang empat pemakanan yang mesti diambil serta diamalkan seseorang kanak-kanak itu di setiap hari bagi membantu anda menyediakan hidangan utama dan hidangan makanan ringan untuk anak anda.
1. Protein
Protein berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel untuk tumbuh. Ia juga berperanan dalam membantu anak anda seperti:
- Membina otot dan sel
- Menukarkan makanan sebagai tenaga
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Membantu mereka untuk lebih bertenaga
- Membantu memindahkan oksigen melalui darah
Antara makanan yang mengandungi kandungan protein yang tinggi ialah:
- Daging
- Ayam
- Ikan
- Telur
- Buncis
- Kekacang
- Produk Tenusu
2. Karbohidrat
Karbohidrat dikenali dengan elemen yang tinggi kandungan gula tetapi bukan semua gula itu memudaratkan. Karbohidrat memainkan peranan yang paling banyak untuk aktiviti harian anak anda dan ia juga berfungsi untuk membantu tubuh anak anda menggunakan lemak dan protein dalam mengembangkan serta memperbaiki tisu. Untuk makanan yang lebih sihat, anda digalakkan untuk memilih karbohidrat berkanji yang di buat dengan makanan dari bijirin penuh seperti:
- Roti
- Bijirin
- Nasi
- Pasta
- Kentang
3. Serat
Serat berfungsi untuk membantu kesihatan usus anak anda. Ia bukan sahaja membantu sistem penghadaman dan mencegah sembelit sahaja malah ia juga berperanan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung dan barah di kemudian hari dan ini adalah sesuatu yang anda dan anak anda hargai.
Antara makanan yang kaya dengan serat adalah seperti:
- Bijirin Penuh
- Buncis
- Lentil
- Kacang Merah
- Bijirin
- Kekacang
Bekalkan dan sajikanlah anak anda dengan satu tin snek ringan berperisa buah Smart Gummy® ketika anak-anak anda hendak pergi ke sekolah atau semasa acara keluarga. Makanan ringan seperti snek getah ini diperbuat daripada rasa buah-buahan yang semula jadi dan mengandungi kandungan serat yang tinggi. Makanan ini adalah 100% kaya dengan sayur-sayuran serta buah-buahan semula jadi dan ia juga merupakan makanan yang sihat dan enak, sesuai untuk kanak-kanak.
4. Lemak Sihat
Lemak biasanya dikenali akan menghasilkan sesuatu yang memudaratkan tetapi dengan lemak sihat akan merangsang pertumbuhan otak dan saraf terutamanya untuk bayi dan kanak-kanak. Antara kebaikan dan manfaat lemak sihat adalah seperti:
- Penting dalam membantu tumbesaran tubuh
- Memanfaatkan nutrien lain yang diperlukan untuk beroperasi
- Membantu meningkatkan metabolisme serta pembekuan darah yang sihat
- Membantu badan menyerap vitamin
- Merupakan sumber tenaga yang hebat
Antara makanan yang kaya dengan lemak sihat adalah seperti:
- Semua Produk Tenusu
- Minyak Masak
- Daging
- Ikan
- Kekacang
Ingin mengetahui lebih banyak makanan yang diperlukan anak anda? Lihat bahagian kedua artikel disini: Panduan Pemakanan Kanak-Kanak II