Kurangkan Berat dengan Cara Sihat

0
308

Ramai orang ingin menurunkan berat badan dalam waktu yang singkat. Walau bagaimanapun, kaedah ini selalunya tidak berkesan dalam jangka masa panjang. Penurunan berat badan secara berterusan tidak berlaku semalaman dan gaya hidup sihat adalah strategi utama untuk menurunkan berat badan dalam jangka panjang  secara sihat.

Pengurusan berat badan adalah gaya hidup yang merangkumi prinsip pemakanan yang sihat dan kehidupan yang aktif. Antara perkara mudah yang anda boleh lakukan setiap hari untuk mendapatkan berat badan yang unggul adalah:

1. Lihat Pada Jenis Makanan Anda

Berhati-hatilah dalam memilih makanan dan pilihlah makanan yang sihat kerana makanan yang sihat dapat menyegarkan badan anda. Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu diingat:

  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang rendah dalam karbohidrat atau kurang lemak. Badan anda akan terisi dengan nutrien yang diperlukan untuk berkerja dengan baik dan mengandungi serat yang mencukupi untuk memastikan anda kenyang dalam tempoh yang lama.
  • Elakkan makan makanan berat pada waktu malam. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengamalkan pengambilan diet yang berat pada waktu malam menurunkan berat badan lebih sedikit daripada orang yang mengamalkan pengambilan diet yang berat pada awal hari. Hal ini adalah kerana tubuh mencerna makanan secara berbeza pada waktu yang berbeza dan lebih perlahan pada waktu malam.
  • Anda perlu bijak dalam memilih kalori yang sesuai terhadap tubuh badan anda. Contohnya, anda perlu menggantikan makanan ringan dengan makanan yang lebih sihat seperti biji-bijian yang kaya dengan serat membantu anda menurunkan berat badan. Biji-bijian ini membantu anda merasa kenyang dengan lebih cepat dan lebih lama. Di samping itu, anda juga boleh mengamalkan pelbagai jenis makanan gandum (seperti roti gandum, beras perang dan gandum) dalam diet anda.
  • Elakkan mengambil minuman soda dan minuman manis yang lain. Apabila kita minum air, ia dapat mengisi perut dan mengurangkan jumlah makanan yang kita makan. Walaupun air dan teh tanpa gula tidak mengenyangkan seperti minuman manis yang lain, tetapi kopi atau teh akan mengurangkan gula cair dalam makanan anda. Oleh itu,  ini adalah salah-satu cara untuk mengurangkan pengambilan kalori secara drastik tanpa mengubah diet anda.

Gantikan teh manis atau minuman soda anda dengan Fortune Delight®! Dengan kuantiti gula yang kosong dan hanya 10 kalori setiap hidangan, ia membantu mengimbangkan badan dan memberi tenaga tanpa gula atau kafein.

Fortune Delight® Concentrated Herbal Beverage

2. Lakukan Aktiviti Fizikal Selama 150 Minit

Seseorang yang bersenam dalam waktu yang lama dan mengamalkan diet secara konsisten pasti akan dapat menurunkan berat badan dengan mudah. Tetapi apakah cabaran yang anda bakal hadapi jika anda bersenam? Antaranya ialah kekurangan masa atau sukar untuk anda mengikuti rutin senaman yang anda gemar. Walaupun anda tidak suka bersenam, tidak dinafikan bahawa bersenaman secara konsisten membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Oleh itu, terdapat beberapa langkah untuk mempelbagaikan aktiviti fizikal anda. Antaranya ialah:

  • Jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk bersenam, anda disyorkan untuk melakukan senaman berintensiti tinggi seperti burpees, squat jump, atau straight-upsprint dan sebagainya. Senaman ini membantu membakar lemak badan anda dengan lebih berkesan.
    Selain itu, pengambilan SportCaps® sebanyak lima kapsul untuk memberikan tenaga, aktif dan mempercepatkan proses penyembuhan badan anda selepas melakukan senaman berintensiti tinggi.
Sportcaps®
  • Ajak rakan-rakan anda untuk bersukan bersama.  Sukan secara  berpasukan, kelas tarian, kelas aerobik, berlari, berjalan kaki, berenang dan berbasikal akan meningkatkan tahap kecergasan badan anda. Cari sesuatu yang anda nikmati yang mudah dilakukan dari segi tempat dan kos. Hal ini adalah kerana anda akan lebih berminat dan memberi komitmen yang sepenuhnya untuk melakukan senaman tersebut jika anda menggemarinya.
  • Aktiviti harian juga menyerupai senaman seperti menaiki tangga dan bukannya lif atau eskalator. Selain itu, anda juga boleh turun dari bas satu atau dua hentian sebelum tiba di destinasi dan berjalan kaki. Bahkan 15 minit berjalan kaki dalam masa sehari boleh memberi banyak manfaat terhadap kesihatan anda.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here