Falsafah Penjanaan Semula

Menyubur + Membersih = Seimbang

Kini sudah tiba masanya untuk memulakan gaya hidup yang lebih sihat serta mengembalikan keyakinan tentang tubuh anda bermula dari dalam. Produk Sunrider ini telah diilhamkan melalui idea yang sangat hebat dengan gabungan kaedah perubatan tradisional Cina dan kaedah sains. Oleh itu, kami gelarkannya sebagai Falsafah Penjanaan Semula. Apabila anda mula mengambil keputusan untuk memelihara dan menjaga badan anda bermula dari dalaman dengan menggunakan bahan semula jadi serta membersihkannya daripada produk yang mengandungi bahan-bahan yang merbahaya lagi memudaratkan, secara tidak langsung anda telah menjadikan badan anda berada di tahap seimbang dan anda dapat menikmati kesihatan yang optimum.

Dari Tanah Terus ke Tangan Anda

Bahan semula jadi yang unggul menghasilkan produk yang unggul; itu janji Sunrider.

Ramuan Herba yang Terbaik

Kami telah mengusahakan ramuan herba dari seluruh pelosok dunia, kebanyakannya dari hidupan liar dan bukan GMO, iaitu tumbuh-tumbuhan dari tanah yang kaya dengan sumber mineral. Kami memantau serta menyelia jenis tanah yang digunakan dan musim yang sesuai untuk menanam supaya tanaman yang dihasilkan dapat memberikan manfaat kesihatan yang menyeluruh.

Diuji dengan Teliti

Sebelum kami membuat pilihan tentang jenis herba yang akan kami gunakan, kami akan menjalankan ujian mikro dan identiti bagi mengesahkan kualiti serta keberkesanan sesuatu herba tersebut. Dan ujian yang sama juga kami jalankan pada setiap peringkat pembuatan.

Proses Hak Milik

Proses pembuatan produk kami memerlukan teknologi serta jentera yang canggih – ini kerana peralatan konvensional tidak dapat mengukur. Kami menggabungkan kepakaran yang kami miliki bersama formula atau kaedah proprietari serta penggunaan mesin pengisian cecair pharma dengan apa yang kami mahukan dari ramuan, dan masih mengekalkan integriti pemakanan tersebut.

Siap untuk Dipasarkan

Kami menghasilkan gaya pembungkusan yang tersendiri bagi memastikan prestasi sepanjang hayat. Sebelum waktu habis kerja dan sebelum kami keluar daripada kilang, kami akan memastikan setiap produk menjalani proses dalam kawalan suhu yang tinggi serta menjalani proses kedap udara bagi memastikan keselamatan, kesucian dan keberkesanan produk. Kami juga akan memantau kaedah penyimpanan produk.

Disampaikan dengan Penuh Rasa Kasih dan Sayang

Produk Sunrider dijual secara eksklusif melalui pengusaha-pengusaha di lebih daripada 50 buah negara serta wilayah di seluruh dunia. Hal ini telah menginspirasi banyak Pemilik Perniagaan Bebas serta Pemilik Perniagaan Francais yang mempunyai minat yang tinggi dan prestasi yang cemerlang. Mereka suka dengan apa yang mereka lakukan sekarang dan semua itu terzahir dari diri mereka.

Tertumpu Pada Keluarga

Syarikat kami bermula daripada keluarga kami sendiri dan kini telah berkembang pesat yang merangkumi rangkaian para usahawan dan para pelanggan di seluruh dunia seperti anda. Kami semua berhubung dan bekerjasama dan kami berasa bangga kerana dapat menjaga anda serta keluarga anda dengan produk yang inovatif, terkemuka dalam industri kini dan untuk generasi yang akan datang.

Sunrider Produk yang Bukan GMO

Produk yang bukan GMO ini telah menjadi sangat masyhur dalam kalangan para pengguna yang begitu mementingkan kesihatan. Dan Sunrider dengan bangga menyatakan bahawa makanan, minuman serta makanan tambahan yang kami hasilkan adalah bukan GMO, iaitu yang bermaksud bahawa produk yang dihasilkan ini tidak mengandungi organisma yang diubahsuai secara genetik.

GMO pula merupakan tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi hasil penggabungan gen daripada tumbuh-tumbuhan yang berbeza, haiwan, virus mahupun bakteria. Ini dihasilkan bertujuan untuk mengurangkan kos dengan memperkenalkan sifat genetik yang membantu tanaman tertentu untuk menghindarkan produk dari racun rumpai, racun perosak, penyakit atau keadaan persekitaran serta dapat juga mengurangkan atau meningkatkan kandungan nutrien pada makanan tersebut.

Pengubahsuaian genetik telah mula berkembang sejak tahun 1990an lagi. Kini, terdapat sembilan tanaman yang telah diubahsuai secara genetik di pasarkan dan dianggarkan juga sekitar lebih daripada 75% makanan olahan yang terdapat di Amerika Syarikat mengandungi GMO. Ini kerana pengubahsuaian genetik adalah teknik yang baru, dan masih belum jelas tentang bagaimana mengubah struktur genetik makanan dapat mempengaruhi kesihatan pengguna – kesannya hanya akan menjadi jelas untuk jangka masa yang lama.

Pengasas Sunrider iaitu Dr. Tei-Fu Chen menyatakan bahawa beliau percaya yang "alam adalah petani terbaik". Kesemua produk Sunrider baik dari segi makanan, minuman mahupun makanan tambahan diperbuat daripada sumber tanaman yang semula jadi, iaitu bukan GMO. Kini, anda boleh meyakini bahawa kesemua produk Sunrider adalah selamat, sihat dan berkhasiat sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Pensijilan Halal

Sunrider sentiasa mencari kaedah untuk meningkatkan tahap kepuasan pengguna yang menggunakan produk kami. Mendapatkan pensijilan halal adalah satu lagi faedah penting bagi pengguna kami, dan kami dengan bangga memaparkan logo yang disahkan halal pada bungkusan kami. Pensijilan halal oleh IFANCA (Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika) menunjukkan jaminan bahawa apa yang dibeli oleh pengguna adalah 100% halal.