Cerita Kami
DR. TEI-FU CHEN
Gandingan Tradisi, Inovasi Dan Keluarga
Cerita Sunrider sebenarnya adalah merupakan kisah keluarga. Ia merangkumi generasi, tradisi timur purba dan teknologi barat yang moden. Walaupun pengasas Sunrider iaitu Dr Tei-Fu dan Dr Oi-Lin Chen mula menubuhkan syarikat pada tahun 1982, namun sebenarnya perjalanan mereka telah mula sejak berdekad yang lalu di kampung halaman Dr Tei-Fu, Taiwan. Ketika kecil, Tei-Fu selalu jatuh sakit. Datuknya merawat beliau dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional Cina. Nilai yang terdapat dalam perubatan tradisional itu begitu kuat sehingga berjaya menyemai minat beliau dalam bidang falsafah perubatan tradisional Cina. Sewaktu beliau melanjutkan pembelajarannya, beliau telah bertemu dengan Oi-Lin, iaitu seorang pelajar perubatan yang pintar berasal dari Hong Kong lalu menikahinya.
Dengan kepakaran yang kedua-dua pasangan ini miliki, iatu kepakaran dari sudut sains serta berbekalkan semangat keusahawanan, mereka telah memulakan sebuah perniagaan yang dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat dengan makanan berasaskan herba tradisional, sebagaimana makanan ini telah berjaya memberikan kehidupan yang lebih baik kepada Tei-Fu suatu ketika dahulu.
Maka falsafah inilah juga yang telah menyemarakkan dasar perniagaan keluarga Sunrider pada hari ini. Dr Tei-Fu Chen merupakan seorang pakar tentang herba yang mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang farmasi, manakala isterinya pula Dr Oi-Lin Chen merupakan seorang doktor perubatan. Pasangan ini juga telah dikurniakan lima orang cahaya mata dan sekarang mereka semua membantu dalam menjayakan empayar perniagaan global ini di hampir lebih 50 buah negara dan wilayah secara usaha sama bersama ribuan Pemilik Perniagaan Bebas serta Pemilik Kedai Francais. Kami semua adalah satu keluarga. Anda juga amat dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kami.
Keunikan Sunrider
Kami faham bahawa pelanggan bukan sahaja mahu produk yang selamat untuk digunakan oleh mereka serta mesra alam, malah juga berkesan. Di antara keunikan Sunrider adalah kami menghasilkan produk yang pasti menjamin standard keselamatan, kualiti dan mempunyai keberkesanan yang tinggi, yang anda patut dapatkan – dari falsafah yang unik di sebalik produk kami sehingga proses pembuatan proprietari kami.