6 Tip untuk Rambut Lebih Kuat, Bersinar dan Cantik

0
1338

Mempunyai rambut yang cantik dan halus membantu anda untuk menampilkan diri dalam keadaan yang selesa. Selain itu, rambut yang cantik juga dapat membentuk wajah anda menjadi lebih cantik dan ianya dapat digayakan dengan pelbagai cara agar dapat mengekalkan keadaan perasaan dalam keadaan yang baik.

Tetapi jika di rungkai dengan lebih mendalam, anda memerlukan usaha yang banyak untuk memiliki rambut yang cantik. Kebiasaannya, anda mungkin tidak merawat rambut anda dengan cara yang sewajarnya dan anda juga mungkin tidak sedar bahawa anda mempunyai tabiat yang boleh merosakkan rambut anda. Rambut yang sihat bermula dengan tip penjagaan rambut. Oleh itu, berikut adalah 6 tip untuk menghasilkan rambut yang sihat.

1. Elakkan menyikat rambut anda secara berlebihan

Menyikat rambut untuk menghilangkan simpul kecil pada rambut adalah tidak salah tetapi menyikat rambut secara berlebihan boleh mengakibatkan kerosakan pada rambut. Selain itu, menyikat rambut secara berlebihan dapat merenggangkan rambut anda dan melemahkan akar rambut. Oleh itu, anda perlu menyikat rambut anda sehari sekali menggunakan sikat plastik.

2. Meminimumkan penggunaan alat pengering rambut

Kerosakan haba boleh menyebabkan keguguran rambut. Oleh itu, anda harus menggayakan rambut anda tanpa menggunakan alat pengering rambut sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. Anda juga perlu berhati-hati dalam menggunakan alat pengering rambut. Sekiranya anda ingin melengkungkan atau meluruskan rambut menggunakan besi panas, anda disyorkan untuk menggunakan penyembur rambut terlebih dahulu untuk melindungi rambut anda.

3. Mengamalkan pemakanan yang seimbang

Adakah anda tahu bahawa rambut anda dianggap sebagai tisu yang tidak penting? Oleh sebab itu, badan anda tidak menghantar protein ke folikel rambut. Tetapi disebabkan rambut anda terdiri daripada protein, jadi pengambilan makanan yang seimbang adalah sangat penting. Oleh itu, anda perlu mendapatkan bahan-bahan  makanan berikut:

  • Ikan
  • Daging
  • Telur
  • Kekacang

Antara makanan lain untuk menjadikan rambut yang sihat adalah seperti beri, bayam, dan avokado serta segala makanan yang kaya dengan vitamin C dan E yang akan meningkatkan pengeluaran kolagen seterusnya menghasilkan helaian rambut yang lebih kuat.

4. Memilih syampu yang bersesuaian dengan rambut

Penggunaan syampu yang tidak betul akan menyebabkan kerosakan pada rambut anda. Oleh itu, anda perlu menggunakan produk yang sesuai dengan jenis rambut anda contohnya rambut yang berminyak, normal, atau kering.

Elakkan penggunaan syampu yang mengandungi bahan kimia yang tinggi seperti ammonium lauryl sulfate atau sodium lauryl sulfate. Tambahan pula, kos tidak menjamin kualiti produk.

Kandesn® Shampoo dapat mengubah rambut rosak menjadi rambut berkilau. Ia mengandungi protein yang dihidrolisis yang berfungsi untuk pengurusan rambut, memperbaiki tubuh, tekstur rambut dan juga mengandungi cysteine untuk mengukuhkan rambut.

Kandesn® Shampoo

5. Selesaikan rutin mencuci rambut anda dengan air sejuk

Membasuh rambut anda menggunakan air suam boleh mengeringkan rambut anda. Oleh itu, selepas anda membasuh rambut, anda perlu membilas rambut anda dengan air sejuk agar rambut anda kelihatan lebih halus. Selain itu, ia membantu mengekalkan kelembapan rambut anda.

6. Menggunakan pelembap rambut setiap minggu

Apabila rambut anda kering dan rosak, helaian rambut yang rapuh itu akan mudah terputus. Oleh itu, pelembap rambut dapat menguatkan akar rambut dan memperbaiki ketegangan rambut. Selain itu, melembapkan rambut secara berkala dapat meleraikan helaian rambut yang tersimpul tanpa merasa sakit. Rambut anda akan menjadi lebih lembut dan licin serta lebih senang untuk disikat dan digayakan. Berikut adalah perapi rambut untuk setiap jenis rambut.

Kandesn® Conditioner

Rawat rambut anda menggunakan Kandesn® Conditioner yang membantu untuk melembapkan rambut serta melembutkan rambut anda dengan formula yang mudah. Vitamin E mengembalikan kilauan pada rambut serta memberikan perlindungan antioksida dan UV. Daun rosemary, avokado dan jojoba dapat menyihatkan kulit kepala yang kering dengan melepaskan simpul rambut, melicinkan, dan mengelakkan daripada rambut bercabang.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here