UtamaKecergasanPerlukah Saya Mengambil Serbuk Protein Sebelum Atau Selepas Melakukan Senaman?

Perlukah Saya Mengambil Serbuk Protein Sebelum Atau Selepas Melakukan Senaman?

Protein diperlukan untuk pemulihan serta pertumbuhan otot dan terdapat pelbagai sebab atau alasan tentang mengapa seseorang individu itu mengambil protein seperti:

  • Membina otot
  • Menurunkan berat badan
  • Menambah tenaga
  • Meningkatkan tahap kesihatan mereka secara menyeluruh

Mengapa Protein Diperlukan Dalam Senaman?

Ketika anda bersenam, kehausan otot dari pergerakan badan menyebabkan mikrotrauma ke serat otot. Ini kerana otot anda dibina daripada protein, dan tubuh anda perlu bergantung kepada asid amino dan protein untuk memperbaiki otot kecil anda. Oleh yang demikian, jika anda bersenam tanpa mempunyai protein yang mencukupi, ia hanya akan memudaratkan dan mungkin juga boleh mengakibatkan kesan tidak seperti yang diharapkan, antaranya adalah mengurangkan kecergasan dan kehilangan jisim otot tanpa lemak.

Atas sebab ini, ramai orang telah mula mengambil makanan tambahan yang berunsurkan protein dalam bentuk protein shakes ketika melakukan senaman.

Apa Itu Protein Shakes?

Protein Shakes dihasilkan daripada serbuk protein yang telah dicampurkan dengan air atau susu. Ada juga yang dihasilkan bersama bahan-bahan tambahan seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau kekacang bergantung kepada pilihan masing-masing. Dan anda juga boleh membeli protein shakes yang pra-dibuat atau sudah sedia diminum.

Manakala senaman yang diamalkan bersama protein shakes pula tidak menjamin anda akan mempunyai otot perut, sebaliknya perbaiki diet seharian dan cuba rawat masalah kesihatan anda. Protein Shakes berfungsi untuk membantu menyokong rejimen latihan dan senaman anda serta dapat meningkatkan  kadar protein dalam diet seharian anda.

Sunfit® Protein Plus

Adakah Penting Untuk Mengambil Protein Shakes Ketika Sebelum Atau Selepas Bersenam?

Jawapannya: Agak susah untuk dijawab, tetapi ada kajian telah membuktikan bahawa kedua-duanya akan memberikan kesan yang baik,  jika anda mengamalkan pengambilan protein samada sebelum ataupun selepas bersenam.

Sebilangan mereka yang gemar menjaga kesihatan dan kecergasan seperti ini percaya bahawa terdapat “tetingkap anabolik” atau jangka masa terhad yang menentukan kadar pemecahan protein yang optimum selepas bersenam.

Anda mungkin pernah mendengar bahawa anda hanya mempunyai 30 minit sahaja untuk mengambil protein shakes selepas mengangkat berat, jika tidak kadar prestasi anda pasti akan terganggu dan merosot. Tetapi satu kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan dalam pertumbuhan kekuatan otot. Dan kajian ini juga menyatakan bahawa tidak ada masalah jika anda mengambil protein sama ada sebelum atau selepas bersenam kerana pengambilan protein adalah fleksibel selagi mana anda mengamalkan pengambilan protein dalam senaman anda.

Pengambilan Protein Harian Adalah Lebih Penting

Jumlah protein yang anda ambil akan menentukan pertumbuhan serta pembinaan otot yang kuat, tanpa mengira sama ada anda mengambilnya berdekatan dengan waktu senaman anda atau tidak. Oleh yang demikian, kuantiti protein yang anda ambil setiap hari adalah lebih penting berbanding waktu anda mengambil protein kerana ia akan membantu anda mendapatkan otot yang kuat. Untuk membantu anda mendapatkan kuantiti protein yang cukup, anda mestilah mengambil makanan berasaskan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang mengandungi kadar protein yang tinggi dan ini secara tidak langsung dapat membantu anda mencukupkan protein harian yang diperlukan.

Daging, ayam, produk tenusu dan ikan merupakan antara makanan yang berasaskan haiwan yang kaya dengan protein. Manakala kekacang dan soya pula adalah antara makanan yang berasaskan tumbuhan yang mempunyai kadar protein yang tinggi.

Sementara itu, pengambilan protein shakes sama ada sebelum atau selepas bersenam dan antara waktu makan adalah sangat membantu. Yang paling penting adalah memastikan anda mendapat protein yang cukup sepanjang hari untuk membina serta memperbaiki tisu badan anda. Jadi ingat, jangan lupa untuk menambah makanan yang berprotein tinggi dalam hidangan anda setiap hari kerana ia lebih penting daripada memikirkan waktu pengambilan protein shakes anda.

Leave a Reply

suka artikel ini?

Langgan buletin kami dan ikuti berita semasa dan artikel blog terkini!

Mesti Baca

Discover more from Sunrider Blog

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading