UtamaKesihatan4 Tip Untuk Mengurangkan Pengambilan Karbohidrat Dalam Badan Anda

4 Tip Untuk Mengurangkan Pengambilan Karbohidrat Dalam Badan Anda

Karbohidrat adalah nutrien penting yang terdapat dalam banyak jenis makanan dan terdiri daripada tiga komponen: serat, kanji, dan gula.

Serat dan kanji adalah karbohidrat kompleks manakala gula adalah karbohidrat ringkas. Karbohidrat ringkas, seperti yang terdapat dalam biskut, gula-gula dan kerepek yang mungkin memberikan rasa selesa tetapi tidak memberikan kesihatan yang bagus.

Sekiranya anda mengambil karbohidrat dalam kuantiti yang banyak, badan anda akan menukarnya menjadi sel lemak untuk digunakan kemudian. Tetapi jika ianya tidak diperlukan, ia akan terus kekal di dalam sel-sel lemak. Pengambilan karbohidrat yang berlebihan dalam diet menyebabkan kenaikan berat badan dari masa ke masa. Kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang rendah karbohidrat dapat:

  • Kurangkan selera makan seseorang
  • Mengakibatkan seseorang makan dengan kalori yang sedikit
  • Membantu seseorang untuk menurunkan berat badan dengan lebih banyak

Diet yang rendah dalam karbohidrat terdapat dalam makanan bergula, pasta, dan roti. Anda perlu mengambil makanan yang keseluruhannya terdapat protein, lemak dan sayur-sayuran berbanding makanan berkarbohidrat.

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk mengurangkan karbohidrat.

1. Elakkan Minuman Bergula

Minuman sihat seperti jus buah mungkin mengandungi sejumlah besar gula. Di samping itu, jus buah sarat dengan karbohidrat ringkas dan menahan diri dari meminumnya adalah cara yang baik untuk menurunkan pengambilan karbohidrat.

Selain jus buah, minuman manis seperti soda, minuman bertenaga, teh dan kopi yang manis adalah tidak sihat. Hal ini kerana kuantiti gula yang terdapat dalamnya adalah tinggi dan mengakibatkan kepada peningkatan insulin iaitu diabetes jenis yang kedua dan obesiti jika diambil secara berlebihan.

Sekiranya anda ingin memulakan makanan berkarbohidrat rendah, anda dinasihatkan supaya menambah sedikit pemanis tanpa kalori seperti SunnyDew® ke dalam minuman anda untuk mewujudkan rasa manis semula jadi.

SunnyDew® Dietary Supplement

2. Memuaskan Diri dengan Mengisi Lemak yang Sihat

Pemikiran masyarakat terhadap diet adalah “makan lebih banyak lemak” tetapi jika anda mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet, anda perlu menyeimbangkan nutrisi yang lain dalam pemakanan anda.

Lemak sihat dikategorikan kepada lemak Omega-3 dan lemak mono-tak tepu. Lemak Omega-3 adalah sejenis asid lemak poli-tak tepu yang membantu menurunkan kadar kolesterol dan menyokong kesihatan jantung manakala lemak mono-tak tepu membantu meningkatkan HDL dan kolesterol yang baik dalam badan anda.

Menyediakan makanan yang berkarbohidrat rendah bersama lemak yang sihat dapat menghasilkan rasa kenyang dan memperbaiki kesihatan anda. Oleh itu, berikut adalah beberapa makanan yang anda perlu beli:

  • Minyak Zaitun/Minyak Kelapa
  • Kekacang
  • Avokado
  • Ikan
  • Biji Benih

Lemak sihat bukan hanya sebagai penambah rasa tetapi juga memberi anda tenaga yang cukup untuk hari berikutnya, kerana lemak ini menggantikan beberapa karbohidrat dan biasanya menghasilkan lebih dari 50% kalori pada diet berkarbohidrat rendah.

3. Amalkan Karbohidrat Kompleks

Karbohidrat kompleks mengandungi lebih banyak nutrien daripada karbohidrat ringkas seperti kandungan serat yang tinggi dan mencerna dengan lebih perlahan. Di samping itu, ia juga mengenyangkan perut anda dengan lebih lama.

Pastikan untuk memasukkan karbohidrat kompleks berikut dalam diet anda:

  • Biji-bijian seperti kuinoa, beras perang, dan pasta gandum
  • Sayur yang kaya dengan serat seperti brokoli, lobak, ubi bit merah, bayam dan zukini
  • Buah yang kaya dengan serat seperti epal, buah beri dan pisang

Anda disyorkan untuk memilih Nuplus® ke dalam diet anda. Suplemen ini merangkumi keseluruhan mikro nutrien untuk menyeimbangkan badan anda.

Nuplus® Simply Herbs Concentrated Herbal Food

4. Pilih Makanan yang Kaya dengan Protein

Apabila anda mengurangkan karbohidrat dalam diet, anda memerlukan makanan lain untuk membantu anda kenyang contohnya makanan yang mengandungi protein.

Protein membebaskan “hormon kenyang” yang mengurangkan rasa lapar, membantu melawan keinginan makanan dan melindungi jisim otot semasa penurunan berat badan.

Makanan yang kaya protein akan mengenyangkan anda dalam tempoh yang lama dan juga memberi banyak kebaikan terhadap tubuh badan. Protein juga kaya dengan asid amino, antioksida, dan nutrien penting lain, seperti:

  • Telur
  • Yogurt
  • Kekacang dan Biji-bijian
  • Pelbagai Jenis Kekacang seperti Kekacang dan Lentil
  • Soya, Tauhu dan Tempe
  • Daging tanpa Lemak, seperti Ikan dan Ayam

Makanan ini juga membantu dalam meningkatkan metabolisme dan mengekalkan kadar gula darah yang sihat.

Penafian: Walaupun makanan berkarbohidrat rendah mempunyai banyak manfaat, tetapi masih penting untuk menghubungi pakar pemakanan atau doktor anda mengenai rancangan diet jika anda mempunyai sejarah perubatan atau keadaan perubatan semasa. Bincangkan sebarang perubahan ubat dan perubahan gaya hidup yang berkaitan dengan doktor anda.

Leave a Reply

suka artikel ini?

Langgan buletin kami dan ikuti berita semasa dan artikel blog terkini!

Mesti Baca

Discover more from Sunrider Blog

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading