Orang yang sihat memerlukan 30 hingga 50 auns air setiap hari.
Minum air dan kekal hidrat adalah sangat penting untuk anda tetap sihat dan ia juga berfungsi untuk setiap sistem dalam badan anda termasuk jantung, otak dan otot anda. Air berperanan dalam membantu membawa nutrien ke seluruh sel tubuh anda, membuang bakteria dari saluran kencing anda dan juga dapat membantu untuk mencegah sembelit. Secara ringkas, air merupakan elemen yang penting yang diperlukan untuk kesihatan yang menyeluruh.
Individu yang tidak mengambil air yang cukup dalam kehidupan seharian amat berisiko untuk dehidrasi, terutamanya pada musim panas kerana seseorang individu itu lebih cenderung untuk berpeluh dengan banyak. Keadaan dehidrasi ini juga sering berlaku kepada orang yang lebih tua atau warga emas kerana mereka tidak merasa dahaga sama seperti ketika usia mereka masih muda. Antara tanda dehidrasi adalah seperti:
- Berasa Letih dan Lemah
- Mempunyai Tekanan Darah yang Rendah
- Pening
- Kekeliruan
- Air Kencing Berwarna Gelap
Bagi individu yang bersenam, melancong atau individu yang berjemur di bawah pancaran matahari, pengambilan air yang cukup dalam kehidupan seharian juga amat penting.
Cara terbaik untuk mengelakkan tubuh anda dari dehidrasi adalah kekal hidrat sepanjang hari. Cara mudah untuk kekal terhidrasi sepanjang hari adalah dengan mengamalkan pengambilan cecair tambahan semasa makan. Jangan tunggu sehingga anda merasa dahaga kerana dahaga itu merupakan petunjuk atau signal bahawa anda sudah mengalami dehidrasi.
Anda juga boleh mengamalkan tip atau petua di bawah ini untuk membantu anda kekal berhidrasi sepanjang hari:
- Membawa produk Fortune Delight® bersama anda ke mana sahaja. Minum setiap kali anda memerlukannya.
- Sekiranya anda tidak menyukai rasa air biasa, cuba tambahkan sebungkus Teh Calli® atau sebotol Vitafruit® dalam minuman anda.
- Cuba amalkan dua hingga tiga sajian buah dan sayuran dalam setiap hidangan anda. Ini kerana ia dipenuhi dengan air dan kaya dengan vitamin, mineral dan serat.
- Minum air sebelum, semasa dan selepas bersenam.