Jika anda merupakan seorang individu yang sangat mementingkan kesihatan, anda pasti sudah cakna tentang tren smoothies ini dalam dunia kesihatan dan bagaimana minuman ini sering dipasarkan sebagai makanan kesihatan.
Minuman smoothies kini mudah didapati, senang di buat, digemari seisi keluarga dan boleh diubahsuai rasanya mengikut citarasa anda.
Smoothies merupakan minuman yang berkrim serta pekat atau boleh juga kita istilahkannya sebagai snek atau makanan ringan (jika tuang ke dalam mangkuk) yang di campur dengan buah-buahan, sayur-sayuran, yogurt, biji-bijian, susu (sama ada tenusu atau bukan tenusu). Untuk menambahkan lebih banyak elemen kesihatan dalam smoothies ini, ada yang cuba untuk menambah ramuan atau makanan tambahan seperti serbuk protein, serbuk vitamin atau makanan tambahan yang berunsurkan mineral.
Kini, ramai yang semakin kreatif dalam pembuatan snek atau makanan tambahan dalam diet seharian mereka dan salah satu caranya adalah dengan menjadikan minuman smoothies ini sebagai salah satu makanan ringan pada waktu pagi mahupun petang. Satu kajian saintifik telah membuktikan bahawa dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyediakan pelbagai jenis vitamin, mineral, serat dan antioksida ini dapat membantu mengurangkan keradangan, melancarkan sistem pencernaan dan juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, masalah tulang rapuh (osteoporosis), masalah obesiti dan masalah kesihatan mental yang berkaitan dengan usia.
Sekarang, kita boleh hidangkan sesuatu yang mudah untuk seisi keluarga serta rakan taulan berunsurkan smoothies yang sihat dengan menggunakan produk Sunrider Nuplus® dan Vitadophilus®. Dengan resipi dua dalam satu ini, anda boleh mencampurkan semua bahan yang anda gemari dan hidangkannya dalam gelas supaya boleh diminum atau boleh juga dihidangkan dalam mangkuk dan jadikan ia sebagai snek atau makanan ringan anda. Anda juga digalakkan untuk menambah bahan-bahan tambahan yang semula jadi untuk makanan yang lebih sihat.
Berikut adalah cara untuk menghasilkan hidangan smoothies ini:
- 1 Cawan Buah Beri Campuran Sejuk Beku
- 1/2 Cawan Susu Badam tanpa Gula
- 1/4 Cawan Yogurt Vanilla Rendah Lemak
- 1 Biji Pisang Masak yang Sejuk Beku
- Beberapa Titisan SunnyDew®
- 1 Paket Nuplus® Pina Banana atau Mixed Berry
- 1 Paket Vitadophilus®
Antara bahan-bahan lain yang boleh dijadikan hias atas tambahan adalah seperti:
- 1/4 Buah Beri Biru yang Segar
- 1/4 Cawan Hirisan Buah Strawberi
- 1/4 Cawan Kepingan Buah Pisang
- 2 atau 3 Sudu Teh Granola
- 1 Sudu Teh Kacang Badam
- 1 Sudu Teh Biji Chia
Cara penyediaan:
- Masukkan semua buah beri, susu badam tanpa gula, yogurt, buah pisang, Vitadophilus® dan Nuplus® Pina Banana atau Mixed Berry ke dalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga sebati. Kemudian, tambahkan beberapa titisan SunnyDew® untuk rasa yang lebih sedap.
- Apabila semua adunan smoothies telah sebati, hidangkannya ke dalam cawan untuk minuman atau boleh juga dihidangkan di dalam mangkuk untuk dijadikan sebagai makanan yang sihat.
- Anda boleh pilih untuk letakkan hias atas tambahan ke dalam hidangan smoothies dengan buah beri biru, buah raspberi atau granola dan taburkan sedikit biji chia diatasnya.
Dengan resipi mudah ini, anda boleh menyediakan satu hingga dua hidangan dan smoothies ini boleh disediakan hanya dalam masa lima minit sahaja. Resipi ini juga mengandungi 2g lemak, 18g karbohidrat dan 2g protein. Selamat mencuba!