Smoothie avokado pisang coklat adalah sejenis minuman lemak berkrim dan sesuai untuk memulakan hari anda! Smoothie Chocolate Banana Avokado ini terasa seperti susu kocak coklat yang pekat dan berkrim. Sangat sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa dan remaja!
Ia dipenuhi dengan lemak sihat, protein sayuran, karbohidrat yang kaya dengan serat, dan pelbagai mikro nutrien. Gabungan nutrien ini menghasilkan tenaga yang stabil, membantu anda kenyang lebih lama sepanjang hari dan sangat memuaskan.
Bahan-bahan:
- 300ml Susu Kelapa (atau susu pilihan anda)
- 2 Biji Pisang yang Telah Dibekukan
- 1/2 Avokado
- 2 Biji Kurma
- 1/4 Cawan Muesli
- 1 Sudu Makan Kekacang dan Biji Chia
- 1 Sudu Teh Serbuk Kayu Manis
- 1 Paket Sunrider Suntrim® Chocolate Shake (alternatif, anda juga boleh gunakan Vitashake® atau Protein Plus®)
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar. Nikmati sarapan pagi yang penuh dengan coklat!
Sekiranya anda tertanya-tanya mengapa saya memilih Suntrim® Shake untuk smoothie ini, hal ini kerana membantu anda merasa lebih kenyang. Di samping itu, saya suka Suntrim® Shake ini kerana ia mengandungi campuran protein dan bahan-bahan herba berasaskan tumbuhan. Setiap hidangan dipenuhi dengan makanan konsentrat untuk mengisi tubuh anda dengan protein, vitamin, mineral dan karbohidrat kompleks.
Nikmatilah smoothie yang sihat ini sekarang!