Resipi Balut & Siap Salad Popia

0
1284

“Hari ini merupakan hari yang sangat sibuk, saya tidak mempunyai selera makan seperti biasa.”

“Saya langsung tidak ada masa untuk makan tengah hari.“

“Saya sangat menginginkan sarapan ringan, tetapi saya juga menginginkan makanan yang sihat.“

Jika diberi pilihan, tidak ada seorang pun yang akan menolak makanan yang sihat. Namun, bagi mereka yang berkerjaya dan tinggal di bandar seperti anda dan saya sudah pasti lebih cenderung untuk membungkus makanan sahaja kerana ternyata itu adalah cara yang paling mudah dan cepat disebabkan kekangan masa untuk masak di rumah setelah seharian penat bekerja.

Jadi hari ini, kami ingin memperkenalkan anda dengan satu resipi makanan yang sangat mudah dan lazat untuk anda dan seisi keluarga serta sudah pasti dengan menggunakan Produk Sunrider iaitu –  Nuplus®, Vitafruit® dan Quinary® Powder.

Bahan-bahan (2 gulung salad popia/hidangan):

  • 2 Helai Kertas Beras yang Nipis (10.5 cm diameter)
  • 6 Ketul Udang yang Segar
  • 50g Suhun
  • 10 Daun Salad
  • 6 Helai Daun Selasih
  • 6 Helai Daun Pudina
  • 5ml Minyak Zaitun
  • 10g NuPlus® Simply Herb
  • 1 Botol Vitafruit®
  • 5g Produk Quinary® Powder
Nuplus® Simply Herbs Concentrated Herbal Food
Vitafruit® Concentrated Herbal Beverage
Quinary® Powder

Cara Penyediaan Salad Popia:

  1. Rebus udang segar pada suhu 100°C untuk 3 minit.
  2. Rendamkan suhun dalam air yang mendidih dengan suhu 100°C untuk 10 minit.
  3. Celupkan kertas beras sehingga lembut pada suhu bilik untuk 30 saat sahaja.
  4. Letakkan kertas beras di atas kain yang bersih.
  5. Aturkan 3 helai daun selasih dan daun pudina di atas kertas beras.
  6. Susunkan 5 daun salad di atasnya.
  7. Taruhkan 25g suhun di atasnya lagi.
  8. Letakkan udang yang telah direbus di atas bahan-bahan lain.
  9. Taburkan 5g Nuplus® Simply Herb di atasnya lagi.
  10. Lipatkan bahagian kiri dan kanan kertas beras ke dalam.
  11. Kemudian lipatkan bahagian atas dan bawah kertas beras ke dalam, balutkan kertas beras sehingga siap.
  12. Ulang cara yang sama untuk buat salad popia yang seterusnya.

Cara Membuat Sos yang Sihat:

  1. Campurkan 1 botol Vitafruit® bersama 5g Produk Quinary® Powder.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Hidangkan hasilan salad popia anda bersama sos Sunrider dan selamat menjamu selera!

Hidangan ini nampak mudah untuk disediakan, bukan?

Resipi salad popia ini adalah rendah kalori! Dan resipi ini juga merupakan hidangan yang cukup kenyang dan membuatkan anda tidak senang berlapar lagi.

Selain itu, dengan resipi ini juga anda sebenarnya telah mendapat nutrien yang cukup kerana udang kaya dengan zink dan selenium, di mana ia akan membantu menyokong sistem imuniti anda. Hidangan ini juga membekalkan antioksida yang cukup kerana daun salad adalah sayuran yang mempunyai serat yang tinggi dan kaya dengan zat besi. Selain itu, Nuplus® pula dapat mengisi jurang nutrisi dalam pemakanan yang diperlukan dan Quinary® pula menguatkan lima sistem utama tubuh. Tambahan juga jika anda sedang mencari makanan yang sesuai untuk menurutkan berat badan, resipi balut & siap salad popia ini merupakan pilihan hidangan yang sesuai untuk anda. Jadi, mari sedia dan balut untuk dijadikan menu anda pada hari ini.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here